@ Oi Pejo, hang tak dak ceghita apa-apa ka?
# Ceghita apa?
@ Ceghita apa-apa la. Kalau tak dak, aku nak ceghita.
# Hah, ceghita la, aku dok dengaq ni!
@ Filem ‘Puteri’ lakonan Eman Manan dan Ogy Ahmad Daud…
Suatu hari ketua ‘geng’ jahat lakonan Ahamad Tamimi Serigar menghantar beberapa orang kaki pukul untuk membelasah Eman Manan dan dua orang rakannya yang bisu. Malangnya mereka pula yang dibelasah teruk kerana Eman Manan dan rakan-rakannya mahir ilmu persilatan. Jelas mereka sudah silap menaksir kekuatan lawan.
Habis saja adegan pertarungan, Eman Manan menghampiri Ahmad Tamimi seraya berkata (lebih kurang), “Lain kali.. kalau nak hantar… hantar le monyet-monyet yang bertaring sikit!”
Silap Ahmad Tamimilah tu. Adakah patut hantar monyet-monyet tidak bergigi!
# Yang tu ja ceghita hang Pian?
@ Dah la tu. Satgi ceghita banyak-banyak hang naik muak pulak.
# Haaa… baghu aku teghingat! Hang besa dengaq ceghita Musang dengan Haghimau dak?
@ Dak.
# Di sebuah zoo…
Seekor musang tak berbulu ayam keluar dari kandangnya. Oleh kerana banyak pengunjung, si musang mahu menarik perhatian orang kepadanya. Caranya- dia mestilah menunjukkan kepandaian dan kehandalannya kepada para pengunjung walaupun pada hakikatnya dia tidak sehandal mana.
Si musang berigal ternampak pintu kandang pelanduk bersongkok terbuka. Dia terfikir, “Kalau aku masuk dan membelasah pelanduk… ish, tak setanding pulak dengan aku! Nanti pengunjung kata aku ni tunjuk kuat pada lawan yang lemah pulak, membuli pulak! Mana ada kelas!”
Dilihatnya pula kandang kambing berkopiah tidak berkunci. Si musang berigal terfikir, “Kalau aku berlawan dengan kambing… lebih kurang sama-sama kuat. Kalau aku menang pun, biasa saja. .. Tak boleh, tak boleh! Aku kena cari lawan yang lebih ‘power’ lagi!”
Musang berigal melihat sekelilingnya. Ternampak kandang harimau berserban. Kebetulan ada lubang kecil di tepi kandang itu yang semuat-muat tubuhnya saja. Si musang berigal terfikir, “Hmmm, kalau aku berjaya membelasah harimau… baru le orang ‘suspek’ sama aku! Logik, logik!”
Tanpa berlengah si musang berigal pun meluru masuk ke kandang harimau berserban.
“Hoi rimau! Engkau jangan nak tunjuk kuat, nak berlagak pandai! Kuku pun pendek, nak tunjuk hebat! Suudahlah!”
Harimau berserban yang sedang duduk ‘rileks’ pekena kopi tongkat ali pun ‘terkejut rimau’. Ni mana punya musang gila dok mai ajak lawan pantun pulak ni? Kenal pun tidak, beri salam pun tidak, dijemput pun tidak, tasauf pun tak dak!. Lepas tu dok pertikai kuku aku pendek. Dia tak tau ke yang kuku aku ni sebenarnya panjang, cuma tersimpan? Begitulah fikir harimau berserban.
“Hoiiii rimau serban! Kalau engkau pandai, negeri Selangor terletak di mana?”
“Mana lagi, tengah Semenanjung Malaysia lah.”
“Ha ha ha! Bengapnya engkau ni. Negeri Selangor terletak di utara Semenanjung la,” bangga si musang.
Para pengunjung pun berpusu-pusu di sekeliling kandang harimau untuk melihat pertarungan istimewa ini. Ekor si musang berigal pun makin terpacak kerana dirasakan sahamnya melonjak tinggi. Dengan terburu nafsu dan gejolak ghairah hingga berlejeh-lejeh air liurnya musang berigal menyerbu harimau berserban.
“Wachaaaa…!”
Harimau berserban cukup ‘hot’ kalau makhluk tidak beradab masuk ke kandangnya. Apa lagi, harimau berserban pun membuka buah pukul Melaka, buah pukul Mersing dan macam-macam buah pukul lagi. Si musang berigal yang hanya bertaqlid buta kepada silat Musang Berjanggut dari Timur Madinah cuba menunjuk garang walaupun dia sendiri tahu silat Musang Berjanggut itu hanya cukup untuk menghalau ayam-ayam yang datang curi makan padi berjemur saja.
Setelah beberapa lama harimau berserban mengubah strategi. Berlawan buah pukul kurang manfaatnya, penonton nampak kita ganas, lebih baik guna kuncian dan tangkapan. Geraknya lembut tetapi musuh akan dapat ditawan. Maka keluarlah buah-buah kuncian Lintau dan Gayong.
Masuk pusingan ketiga, ternyata musang berigal dibelasah teruk. Pergerakannya semedang beraya ditangkap ataupun dikunci, tak tahu dia hendak menjawab segala gerak harimau berserban. Sambil dikunci, dua tiga lukuan dan cakaran hinggap di kepalanya. Serang ikut mana pun, semuanya ditangkap ataupun dikunci harimau berserban.
Lama-kelamaan musang berigal sudah cedera parah. Para pengunjung nampak jelas buah Musang Berjanggut sebanyak 21 buah itu semuanya dipatahkan dengan bersahaja oleh harimau berserban. Sewaktu bertarung tadi, harimau berserban juga sudah membuktikan betapa panjang kukunya. Malunya musang berigal kerana fitnahnya sudah terbongkar.
Harimau berserban melepaskan sebiji penampar Jepun dan sebiji ‘flying-kick Arab’. Melekat di pipi dan dada musang berigal.
“Hah, dah dua biji aku hantar ‘piaw’ punya sampai engkau tak terbalas. Sekarang giliran engkau, aku tunggu ni!” pelawa harimau berserban sambil membuat gaya nantian Gayong Fatani yang penuh bermuslihat.
Musang berigal tahu dia sudah kehabisan buah. Sahamnya sudah menjunam masuk gaung kerana para pengunjung yang menyaksikan pertarungan itu nampak jelas betapa panjangnya kuku Encik Rimau. Fitnah Encik Musang tidak menjadi. Matanya semakin liar mencari lubang keluar.
“Eh, takkan nak balik dah kot. Dua biji yang belum berbalas tu apa cerita?” Tanya harimau berserban.
“Kalau nak balik pun, bagi le alamat kandang engkau. Boleh aku berkunjung ke sana pula bermain-main. Itu pun… kalau engkau musang jantan le,” tambah rimau.
Perlahan-lahan musang berundur lalu meloloskan diri melalui lubang kecil tadi. Para pengunjung menayksikan tingkahnya sambil menggelangkan kepala. Sambil berlari susup-sasap, sempat lagi musang berigal ‘shout’ dari tepi kandang, “Woi rimau! Kalau berani mari kita lawan tangkap ayam la siapa dapat banyak. Kat sini tak payah putar-belit le kata kuku engkau panjang.”
Si rimau berserban senyum sambil mengasah taringnya dengan batu pengasah.
“Ai kawan. Nak tukar topik ke pulak? Pandai engkau nak pancing aku beradu lawan tangkap ayam pulak ye! Boleh, boleh! Tapi… selesai dulu le pertarungan kita ni, jangan le melompat-lompat. Takkan dah habis buah nak lari kot? Yang dahulu didahulukan. Yang kemudian, dikemudiankan. Ikut tertib le, ye tak?”
Si musang terus menghilangkan diri. Sudah berhari-hari lamanya si musang tidak berani menjawab dua pukulan rimau. Namun sesekali ternampak juga kelibat si musang berigal men’skodeng’ di sebalik semak-semak.
Apa yang dirisaukan, selepas ini dia akan datang lagi. Tapi kali ini dengan melekatkan bulu-bulu ayam di sekeliling tubuhnya…
@ Masyaallah… ‘best’ betoi la ceghita hang. Tapi.. aku ghasa la kan… ceghita kita bedua ni macam ada sangkut-paut pulak. Hang peghasan dak?
# Ha la… aku pun dok ghasa macam tu…
@ Tak palah. Jom kita ambik buah belimbing, cicah dengan sambai bekicap!
# Jom!
- JANGAN LUPA BACA!
No comments:
Post a Comment