Saturday, June 7, 2008

Lagi Penjelasan Alex

ALAMLARA MENULIS:


Pertentangan antara kenyataan-kenyataan yang beliau sendiri (penulis blog) buat iaitu :


"Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"


(beliau menganggap hijaz terletak di utara selepas melihat peta yang di lampirkan sebelum itu: http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm. jelas beliau )


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Seumur hidup belum pernah saya menganggap Hijaz terletak di utara Madinah. Saya sudah sedia tahu bertahun-tahun sebelum ini wilayah Hijaz mengandungi antaranya kota Mekah, Madinah dan Jiddah. Peta itu juga jelas membezakan antara NAMA WILAYAH yang diwarnakan COKLAT dengan nama bandar/ kawasan kecil yang diwarnakan hitam. Mustahil saya boleh tersilap pandang dengan mengatakan tulisan berwarna coklat menunjukkan bandar.


Jadi, apabila saya berbicara tentang HIJAZ menggunakan peta yang anda bekalkan itu, ia bermaksud WILAYAH HIJAZ dan bukannya BANDAR HIJAZ ataupun KAMPUNG HIJAZ ataupun OASIS HIJAZ. Harap anda tidak melakukan kesalahan lagi dalam hal ini.


Ayat saya yang mana yang membuktikan saya berkata Hijaz itu di utara/ utara Madinah? Tolong tunjukkan wahai Alamlara.


Ayat 1:

"Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’.


Tak ada apa-apa kan?


Ayat 2 & 3:

“Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah.”


Yang menulis di peta ialah tukang lukis peta. Bukan saya. Ayat ini juga belum menunjukkan saya kata Hijaz itu di utara/ utara Madinah. Betul kan?


Ayat 4:

“Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"


Ini soalan kepada pembaca termasuklah anda. Malangnya anda tidak menjawab. Sepatutnya anda menjawab, “Saya tidak mengatakan Hijaz di utara Madinah” ataupun anda menjawab “Betul, saya mengatakan Hijaz di utara Madinah”.


Ini soalan kepada pembaca yang sedang menilai, termasuklah diri anda. Ini BUKAN KEPERCAYAAN SAYA kerana sudah bertahun-tahun lamanya saya tahu Hijaz itu nama wilayah dan bukan tempatnya khusus terletak di utara Madinah. Jadi ayat ini keluar untuk minta kepastian dari anda tentang apa yang anda faham berdasarkan peta itu. Kemudian saya akan membuat ulasannya. Langsung tidak ada sebarang kepercayaan saya bahawa Hijaz itu terletrak di utara/ utara Madinah dalam empat ayat yang tuan beri di atas.



ALAMLARA MENULIS:

serta


"Bertulkah cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu adalah peta yang lemah. Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca."


(pernyataan beliau sendiri menanggap wilayah hijaz antara adalah antara mekah dan madinah dan seterusnya menuduh saya men fitnah beliau)


Yang jelas dan terang beliau langsung tidak mengetahui berkenaan kedudukan hijaz sebenarnya (yang boleh disimpul bertaklid buta semata-mata).


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


OK, kita lihat peta anda kembali.


Perkataan HIJAZ warna apa? Coklat.


Warna coklat menunjukkan apa? Wilayah.


Jadi saya bicara tentang WILAYAH dan bukannya BANDAR/ KAMPUNG/ OASIS DLL. (*Entah berapa kali hendak dijelaskan netahlah, tak faham-faham)



Oleh kerana wilayah Hijaz itu panjang, untuk MENGUATKAN PETA maka perkataan Hijaz itu lebih tepat diletakkan di tengah-tengah wilayah supaya tidak mengundang kekeliruan.


Belum pernah saya mengatakan wilayah Hijaz terletak ANTARA Madinah dan Mekah. Ini satu fitnah lagi. Yang saya kata tulisan perkataan HIJAZ yang berwarna coklat (*maksudnya WILAYAH le tu) itu sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah dan lokasinya lebih kurang di antara Madinah dengan Mekah.


Samalah seperti kita hendak meletakkan perkataan SEMENANJUNG MALAYSIA pada peta Semenanjung. Untuk menguatkan peta (kerana saya pertikaikan KELEMAHAN PETA kan?), sebaiknya tulisan itu diletakkan di Selangor iaitu antara Perak dengan Negeri Sembilan (sebagai contoh la). Ini sama sekali tidak memaksudkan Semenanjung Malaysia itu kecil dan terletak antara Perak dan Negeri Sembilan.


Mengapa pergi letak perkataan SEMENANJUNG MALAYSIA di Perlis? Kan boleh mengundang kekeliruan?


Masalahnya anda terburu-buru untuk menunjukkan kesalahan orang hinggakan tidak sempat buat penelitian dan akhirnya termenentang perkara yang benar. Teliti dulu tulisan orang betul-betul sebelum berlagak pandai mempertikai. Apabila jadi begini anda sendiri yang malu.


Jadi, tertolaklah perkataan anda:


“Yang jelas dan terang beliau (Alexanderwathern) langsung tidak mengetahui berkenaan kedudukan hijaz sebenarnya (yang boleh disimpul bertaklid buta semata-mata).


Hakikatnya, saya sudah begitu lama tahu kedudukan Hijaz dan tidak pernah bertaqlid buta dalam perihal lokasi Hijaz ini.






ALAMLARA MENULIS:
Sangat-sangat bertentangan dengan kenyataan beliau selepas saya memberi komen terhadapnya. Kenyatan ada diatas dan saya qoute kan dibawah:


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:

Berdasarkan jawapan saya di atas, jelas tidak ada sebarang pertentangan dalam kedua-dua kenyataan saya itu.



ALAMLARA
"Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah."


(beliau menggambarkan mengakui bahawa sebenarnya Hijaz meliputi dari utara Arab Saudi hingga ke Mekah. cuma tidak menyatakan bahawa Mekah itu berada di selatan Wilayah Hijaz)


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Memang sudah bertahun-tahun saya tahu kedudukan wilayah Hijaz. Peta berlabel hijau itu pun saya lihat sebelum saya menjawab komen tuan buat PERTAMA KALI. Betul kan? Ini membuktikan saya sudah tahu keluasan wilayah Hijaz sebelum mula menulis kepada tuan lagi.


Jadi secara umumnya saya sebutkan nama bandar-bandar besar dalam wilayah Hijaz, antaranya Madinah dan Mekah. Mestikah saya menyebut kampung yang paling selatan sekali di wilayah Hijaz untuk membuktikan saya tahu di mana wilayah Hijaz?



ALAMLARA MENULIS:
Kenyataannya cukup berbelit-belit.. Pada mula tidak menyetujui Nama Hijaz diletakkan diatas Utara Madina. beliau mahu namanya diletakan antara mekah dan madina. kemudian bersetuju pula hijaz meliputi bahagian utara arab saudi. Cukup bertentangan dengan kenyataan sebelum itu yang qoutekan diatas. Beliau cuba memutarbelitkan fakta semula termasuklah kenyataan yang saya buat. dan cuba menfitnah saya pula.. sehingga mahu mendakwa saya sbg pro-azira. Tiada kenyataan yang saya buat pasal azira. yang saya buat adalah berkenaan Fakta beliau berkenaan Najd dan hijaz yang jelas menunjukkan beliau Daif.


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Sudah dijelaskan di atas kan? Yang saya saran untuk MENGUATKAN PETA (*yang lemah itu) adalah nama wilayah HIJAZ yang berwarna COKLAT itu sepatutnya diletakkan lebih kurang di’central’ wilayah Hijaz iaitu antara Mekah dan Madinah. Contoh tentang Semenanjung Malaysia pun sudah saya beri.


Ringkasnya, anda gagal membuktikan ada kenyataan saya yang bertentangan.


Di mana saya mendakwa anda sebagai pro-Azwira? Pada tajuk? Tajuk itukan ada tanda soal? Malah dihujungnya saya letak perkataan ‘ENTAH!” Itu maksudnya saya tidak pasti siapa anda kerana masukpun terus dengan kata-kata yang kasar dan cuba mencari SATU KELEMAHAN saya melalui satu artikel panjang. Alangklah baiknya jika anda masuk dengan sifat-sifat mahmudah contohnya:


“Salam Alex,


Berdasarkan bacaan saya, ada yang anda betul dan ada yang Azwira betul. Cuma saya nak kongsi sikit tentang lokasi Najd. Mungkin anda tersilap. Sila rujuk peta yang saya temui ini.


Wassalam.”


Tapi lihat cara anda pertama kali berkenalan dengan saya:


“Hi Alex, jgn terlampau yakin sangat dengan kedudukan najd tu. Adakah anda pasti yang najd itu terletak di timur madinah atau hanya SEKADAR MAIN TEKA atau IKUT-IKUT ORANG LAIN CAKAP AJE...
cuba tengok peta map ni yang saya link di bawah:
http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm
Jadi jangan suka sangat MENABUR FITNAH dan dan BERLAGAK PANDAI.”


Ini bahasa orang Islam ke apa ni? Salam tak diberi, masuk serbu pulak tak pakai helmet! Guru mana yang mengajar tasauf sebegini? Hendak menjatuhkan saya pun biarlah HALUS, orang tidaklah perasan strategi dan busuk hati anda.


Jadi anda pertikaikan hujah saya dengan hujah Azwira (*maksudnya artikel saya yang asal itu). Saya kata Najd di Timur Madinah. Azwira kata Najd di Iraq dan anda pula di Timur Mekah. Mengapa saya saja ditunjukkan salah sedangkan tentang pandangan Azwira anda diam tak berani bersuara? Padahal Najd Azwira kan terlalu jauh daripada Najd anda?


Berlaku adillah kawan…



ALAMLARA MENULIS:
Maka tidak hairanlah Fakta yang disampaikan berkenaan Najd juga salah bila beliau mengatakan Riyadh itu berada di tengah2 Wilayah najd sedangkan ia berada di utara wilayah najd... Faktanya cukup salah... saya nak tengok apa yang beliau cuba belitkan lagi.


ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:

Saya sudah beri bukti bahawa Riyadh tidak terletak di utara Najd. Sedangkan tuan masih belum beri apa-apa bukti. Maka saya ulang sekali lagi di sini.


MULA ULANGAN


Tolong buktikan Riyadh terletak di UTARA wilayah Najd.


Riyadh tidak terletak di utara Najd. Lihat peta pun kita sudah boleh faham. Namun begitu saya beri beberapa sokongan/ sandaran untuk menolak kesalahan anda:


“The geography of Najd is rocky plateau. It is bordered by the mountains of Hijaz [i-cias.com] in the south-west; Jordan [i-cias.com] and Iraq [i-cias.com] in the north”

http://i-cias.com/e.o/najd.htm [i-cias.com]


Maksudnya wilayah Najd memanjang hingga jauh nun ke sempadan Jordan dan Iraq. Ini membuktikan Riyadh tidak berada di utara Najd.


“Riyadh is located in the southern Najd [www.answers.com] region. More correctly transliterated as al-Riyad ("the gardens"), the city is also the capital of a large province of the same name.”

http://www.answers.com/topic/riyadh?cat=travel


Bahkan ada sumber yang mengatakan Riyadh lebih ke arah selatan Najd! Mustahil pula Riyadh berada di utara Najd!


Secara peribadi, seperti yang tertera dalam tulisan saya sebelum ini, Riyadh berada di tengah (ataupun hampir di tengah-tenagh) wilayah Najd. Peta di bawah lebih mengukuhkan hujah saya:


SINI [commons.wikimedia.org]


Seterusnya dikuatkan pula oleh kenyataan ini:


“The capital and largest city of Saudi Arabia, in the east-central part of the country east-northeast of Mecca.”

http://www.answers.com/topic/riyadh?cat=travel


Jadi, saya sudah buktikan Riyadh bukan terletak di UTARA Najd. Giliran anda pula untuk membuktikan memang Riyadh berada di UTARA Najd. Jawapan anda akan membuktikan siapa yang lebih benar dalam membaca peta.


JAWAPAN ANDA:


……………………………………………………


TAMAT ULANGAN


Saya juga hendak tengok, sejauh mana anda mampu membelitkan hal ini. Silakan…


No comments: