Jam sudah lebih satu setengah pagi. Saya yang baru habis menonton filem Hulk di kaca televisyen menuju ke meja komputer yang sedia terpasang untuk melihat blog buat kali terakhir sebelum masuk tidur. Terperasan ada pelayar yang baru mendaftar menggunakan nama Alamlara. Seperti biasa jika ada kesempatan, saya akan memberi kata-kata aluan kepada tetamu yang baru mendaftar di ‘shout-box’.
BEGINI KOMENNYA:
“Hi Alex, jgn terlampau yakin sangat dengan kedudukan najd tu. Adakah anda pasti yang najd itu terletak di timur madinah atau hanya sekadar main teka atau ikut-ikut orang lain cakap aje...
cuba tengok peta map ni yang saya link di bawah:
http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm
Jadi jangan suka sangat menabur fitnah dan dan berlagak pandai.”
(*Kita boleh lihat bagaimana akhlak seorang yang kali pertama kita temui dan bekunjung ke rumah/ blog kita menggunakan bahasa seperti ini. Awal-awal sudah mempamerkan peribadinya)
LATAR BELAKANG CERITA INI:
Hadis Nabi menceritakan kemunculan fitnah dan tanduk syaitan dari Najd http://id.wikipedia.org/wiki/Najd , satu wilayah di Timur Madinah. Oleh kerana fahaman Salafi Wahabi sering dikaitkan dengan wilayah Najd ini memandangkan beberapa orang tokoh besar fahaman ini seperti Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Bin Baaz dan Utsaimin memang berasal dari sana, maka seringlah para pendokong fahaman ini cuba untuk memutar-belitkan kebenaran agar fahaman mereka tidak dikaitkan dengan tempat fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan.
Salah seorang yang begitu bersungguh-sungguh dalam hal ini ialah Dr. Azwira. Artikelnya agak panjang lebar tetapi selain berisi kebenaran, ia juga berisi penipuan, kelemahan dan/ ataupun kecuaian. Perkara ini sudah saya dedahkan dalam artikel saya bertajuk ‘Hadis Najd: Menolak Belaan Dr. Azwira’
Jadi, teman kita si Alamlara ini sudah terbaca pendedahan yang saya lakukan. Seperti biasa, mereka suka mencari mana tempat yang dirasakan kuat untuk mereka menang lalu TEMPAT ITU SAJA YANG DIPERTIKAI. Untuk mempertahankan keseluruhan artikel memang mereka tidak sanggup kerana nanti takut kalau-kalau tokoh mereka betul 2 perkara tapi salah 7 perkara (contohnya). Takkanlah mereka hendak mengaku “Ya, hujah-hujah Azwira lebih banyak yang lemah berbanding yang kuat’, jatuhlah ego! Mengaku salah sangatlah susah, mengaku kalah tidak sekali.
Biasanya saya melayan golongan yang banyak menentang sunnah ini dengan tenang dan lambat-lambat, tapi kali ini agak pantas dan tegas. Al maklumlah, tengok sajalah bahasanya. Jenis ini BUKAN JENIS PENCARI KEBENARAN, tetapi jenis suka berbalah dan taksub buta.
JAWAPAN SAYA:
Komennya saya jawab begini:
“Nampaknya anda yang bertaqlid buta dengan satu peta sahaja tanpa usul periksa. Saya sudah melihat banyak peta sebelum membuktikan kesalahan Azwira.
Jangan berlagak pandai dengan ilmu yang dangkal. Lihat kedudukan Hijaz, di mana ditulis Hijaz. Fikir sendiri. Kenapa Hijaz ditulis jauh ke utara?
Jangan jadi bodoh sombong.”
(*Sila lihat peta yang dibekalkan oleh Alamlara. Tulisan berwarna coklat menunjukkan wilayah manakal tulisan berwarna hitam adalah bandar/ kampung/ kawasan kecil. Perkataan HIJAZ (coklat- yang menunjukkan wilayah) diletakkan di tempat yang kurang sesuai iaitu nun jauh ke utara. Tempat yang paling tepat untuk diletakkan perkataan HIJAZ itu tentunya sekitar tengah-tengah wilayah Hijaz iaitu di antara bandar Mekah dan Madinah.
Samalah seprti kita hendak meletakkan label SEMENANJUNG MALAYSIA pada peta Semenanjung. Tentunya tempat yang paling tepat adalah di tengah-tengah Semenanjung iaitu Selangor dan Pahang. maksudnya perkataan itu diletakkan anatar negeri Perak dan Negeri Sembilan. Takkanlah perkataan SEMENANJUNG MALAYSIA diletakkan di negeri Perlis? Tentulah tidak tepat!
Begitulah dalam kes HIJAZ ini. Mengapa perkataan HIJAZ berwarna coklat (menunjukkan wilayah) itu diletakkan di utara Madinah? Bukankah sekiatar 'central' wilayah Hijaz itu adalah di antara Mekah dan Madinah? Di situlah tempat paling sesuai tulisan HIJAZ berwarna coklat itu diletakkan. Kan begitu?
Jika tidak mungkin ada orang yang keliru. samalah seperti kita meletakkan label SEMENANJUNG MALAYSIA di negeri Perlis)
Saya menulis di ‘tempat kejadian’ dan juga dalam bentuk ‘Private Message’ kepadanya. Selain itu saya juga cuba menarik perhatiannya ketika itu juga dengan menulis di ‘shout-box’:
“Selamat datang Alamlara. Nak pertahankan artikel Azwira, jangan main taktik kotor. Sila pertahankan seluruh artikel, bukan pada bahagian yang dirasa boleh menang saja. Kita sama-sama lihat, Azwira lebih banyak betul ataupun lebih banyak salah. Sila berlaku adil jika mahu pertahan fahaman anda.kan.”
“PM untuk anda jangan lupa dibaca ya.”
Tak lama selepas itu dia pun hilang!
Saya menulis:
“Eh, takkan dah lari kot? Hmm... cukup senang manusia melepas kata, kemudian buang tanggungjawab...”
ULASAN:
Jadi Alamlara menilai diri kita berdasarkan nilai dirinya. Dengan satu peta yang ditemuinya, cukuplah dia bertaqlid buta lalu mempertikaikan kebenaran orang lain. Sebenarnya sebelum membuktikan pembohongan Azwira, saya terlebih dahulu sudah melihat beberapa buah peta. Setelah yakin, barulah saya mempertikai dan membetulkan apa yang salah.
Sebaik-baik sahaja membaca komen ini, terus saya mencapai dua buah buku atlas yang memang saya letakkan di tempat yang hampir dan mudah dicapai. Kemudian saya cari laman-laman peta Arab Saudi di internet. Akhirnya kebenaran bertambah-tambah benar.
Baiklah. Mari kita sama-sama melihat peta yang dibekalkan oleh Alamlara di http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm . Peta ini kononnya MEMBUKTIKAN NAJD TIDAK TERLETAK DI TIMUR MADINAH sebagaimana yang kita semua tahu. Pada peta ini, Najd ditulis di sebelah kanan Mecca (Makkah). Maksudnya NAJD DI TIMUR MEKAH (*Pelik juga, Azwira kata Najd di Iraq, si Alamlara pula kata Najd di Timur Mekah. Bukan bertambah dekat, malah bertambah menjauh satu sama lain). Jadi, saya sudah buat kesalahan, main teka-teka, sekadar ikut cakap orang, menabur fitnah dan berlagak pandai.
Tak apalah. Di akhir nanti kita sama-sama lihat siapa sebenarnya yang sudah melakukan kesalahan, main bantai saja, sekadar bertaqlid dengan peta yang dia sendiri tidak faham, memfitnah Alexanderwathern dan berlagak pandai.
MASALAH HIJAZ
Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’ (*berwarna coklat,bukan hitam). Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya? (* Soalan ini dikemukakan untuk minta kepastian apakah Alamlara yakin Hijaz itu di utara Madinah ataupun di mana. Selepas mendapat jawapannya nanti, barulah akan saya komen kembali)
Petikan dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz :
“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi; kota utamanya adalah Jeddah, namun wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah. Sebagai sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci agama Islam, mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab dan Islam.”
Lihat peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz .
(*Apabila saya menyuruh lihat peta berwarna ini, maksudnya saya sudah sedia maklum bahawa kawasan yang diwarnakan itulah WILAYAH HIJAZ, bukan selainnya)
Kesimpulannya, Mekah, Madinah dan Jeddah berada dalam wilayah Hijaz. Tapi kalau kita berguru kepada Alamlara akan cara membaca peta (menggunakan peta yang dibekalkannya), nampaknya Mekah dan Jeddah sudah terkeluar dari wilayah Hijaz. Perkataan Hijaz ditulis nun jauh ke atas!
Bertulkah cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu adalah PETA YANG LEMAH (*bukan SALAH ye, tapi LEMAH). Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca (* kerana di situlah 'central' bagi wilayah Hijaz, bukan maksudnya Hijaz itu sebuah kampung kecil yang terletak di antara kota Mekah dan kota Madinah. Jangan salah faham)
Sebagaimana kelemahan pelukis peta itu meletakkan nama Hijaz, begitu jugalah kelemahannya dalam meletakkan nama ‘Najd’. Sepatutnya perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) wilayah itu iaitu di Riyadh (* Tolong ingat hal ini. Sedari awal saya sudah maklumkan kepada Alamlara bahawa Riyadh ialah 'central' bagi wilayah Najd). Berdasarkan garis llintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu di Timur Madinah (*jadi dengan ini saya menolak pandangan Azwira mengatakan Najd itu di Timur Laut Madinah iaitu di Iraq).
Malng sekali Syeikh Alamlara bertaqlid buta dengan sebuah PETA YANG LEMAH (*bukan SALAH ye)…
TERIMA KASIH KEPADA ALAMLARA
Pertamanya, terima kasih kerana memberi bahan ‘update’ untuk blog saya. : )
Keduanya, terima kasih kerana anda telah mengukuhkan hujah-hujah saya yang mengatakan Azwira memang salah dalam menentukan kedudukan Najd. Azwira mengatakan Najd yang dimaksudkan dalam hadis itu terletak di Timur Laut Madinah iaitu di Iraq, sedangkan anda mengatakan Najd itu terletak di Tenggara Madinah. Makin jauh nampaknya. : )
KESIMPULAN
Jadi siapa sebenarnya yang sudah melakukan kesalahan, main bantai saja, sekadar bertaqlid dengan peta yang dia sendiri tidak faham, memfitnah Alexanderwathern dan berlagak pandai? : )
No comments:
Post a Comment