Saturday, June 7, 2008

Alexanderwathern Menjelaskan

ALAMLARA MENULIS:


Masih lagi tidak mengaku? Baik saya ambilk contoh statement awak:


Statement Pertama:
"Berdasarkan garis llintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu di Timur Madinah"




Bukankah statement ini dengan jelas dan terang menyatakan awak mengatakan Riyadh itu najd dan najd itu riyadh? Sedangkan Riyadh adalah kota yang terletak terletak di utara wilayah najd dan sebahagian besar wilayah najd itu terletak di timur Mekah. Awak hanya sekadar menghukum Najd berada di timur madina bersandarkan kedudukan Kota Riyadh, sedangkan Riyadh adalah kota dan Najd pula adalah satu wilyah atau negeri yang cukup besar. Awak cuba memesong fakta dan menyorok fakta yang selebihnya..



ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Tolong buktikan Riyadh terletak di UTARA wilayah Najd.


Riyadh tidak terletak di utara Najd. Lihat peta pun kita sudah boleh faham. Namun begitu saya beri beberapa sokongan/ sandaran untuk menolak kesalahan anda:


“The geography of Najd is rocky plateau. It is bordered by the mountains of Hijaz in the south-west; Jordan and Iraq in the north”

http://i-cias.com/e.o/najd.htm


Maksudnya wilayah Najd memanjang hingga jauh nun ke sempadan Jordan dan Iraq. Ini membuktikan Riyadh tidak berada di utara Najd.


“Riyadh is located in the southern Najd region. More correctly transliterated as al-Riyad ("the gardens"), the city is also the capital of a large province of the same name.”

http://www.answers.com/topic/riyadh?cat=travel


Bahkan ada sumber yang mengatakan Riyadh lebih ke arah selatan Najd! Mustahil pula Riyadh berada di utara Najd!


Secara peribadi, seperti yang tertera dalam tulisan saya sebelum ini, Riyadh berada di tengah (ataupun hampir di tengah-tenagh) wilayah Najd. Peta di bawah lebih mengukuhkan hujah saya:


SINI


Seterusnya dikuatkan pula oleh kenyataan ini:


“The capital and largest city of Saudi Arabia, in the east-central part of the country east-northeast of Mecca.”

http://www.answers.com/topic/riyadh?cat=travel


Jadi, saya sudah buktikan Riyadh bukan terletak di UTARA Najd. Giliran anda pula untuk membuktikan memang Riyadh berada di UTARA Najd. Jawapan anda akan membuktikan sipa yang lebih benar dalam membaca peta.


JAWAPAN ANDA:


…………………………………………………….


Masalah Najd di Timur Madinah.


Kita imbas kembali punca permasalahan. Anda hendak tahu mengapa saya begitu, tentulah kita lihat punca permasalahnnya, bukan lihat di tengah-tengah perbincangan. Dr. Azwira memetik satu hadis Imam Bukhari. Imam Bukhari mengaitkan Timur dengan Najd. Kita lihat petikan:


“Maksud “Najd” Di Sisi Al-Bukhari.


Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan matan (lafaz):


Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.


Aku (perawi hadith) agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”.


Azwira mendakwa Najd itu Iraq (padahal Irag terletak di Timur Laut dan Utara Madinah) sedangkan saya mempertahankan Najd di Timur Madinah. Hal ini kerana sewaktu Rasulullah mengeluarkan hadis ini, baginda berada di Madinah. Jadi, Timur dari Madinah itulah Najd yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Tengah-tengah (lebih kurang) wilayah Najd yang di Timur Madinah itu (mengikut garis lintang) ialah Riyadh. Di situlah ‘central’nya. Jadi, Najd adalah tempat di Timur Madinah, bukan Iraq.


Jadi, pada saya Najd dari Madinah tidak lain ialah yang di Timur Madinah yang pusatnya ialah Riyadh. Dari sinilah asalnya timbul cerita garis lintang, kerana garis lintang itu terkena pada Riyadh, bukan Iraq.


Sedangkan pada Azwira, Najd dari Madinah ialah Iraq. Padahal Iraq di Utara dan Timur Laut, bukannya Timur Madinah.


Azwira ternyata salah dalam hal ini.


Kesimpulannya, tidak pernah seumur hidup saya mengatakan Najd itu ialah Riyadh dan Riyadh itulah Najd. Itu salah faham anda yang tidak mahu membaca betul-betul.


Kaji pula ‘statement’ saya yang anda petik, yang kononnya membuktikan kesalahan saya:


“Berdasarkan garis lintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, LEBIH TEPAT LAGI Najd itu di Timur Madinah"


Jadi yang diutarakan di sini ialah MANA LOKASI YANG LEBIH TEPAT. Oleh kerana ‘central’ Najd ialah Riyadh yang di Timur Madinah, maka lokasi yang LEBIH TEPAT ialah Riyadh jika kita mahu menuding jari di mana letaknya Najd.. Anda faham maksud ‘LEBIH TEPAT”?


Maksudnya, kalau tunjuk di sempadan Jordan ataupun Iraq, masih lagi tepat, masih lagi Najd, tapi saya tunjuk yang LEBIH tepat.


Jelas di sini anda gagal memahami perkataan YANG LEBIH TEPAT lalu memfitnah saya mengatakan Najd ialah Riyadh dan Riyadh ialah Najd. Betul kan?


Lain kali baca betul-betul sebelum memfitnah.


Tulisan saya menolak Azwira di SINI



ALAMLARA MENULIS:


Kedua: Anda menyatakan saya menfitnah anda berkenaan kedudukan Hijaz


Baiklah, saya harap pembaca sekalin sila rujuk dulu link dibawah ini terlebih dahulu: (saya harap link ini masih wujud takut penulis blog ini padamkan ia)


SINI



Sila baca komen yang diberi oleh alamlara terlebih dahulu. Saya nasihatkan begitu kerana penulis blog ini hanya mengambil potongan tertentu shaja dalam komen saya dan tidak mendedahkan yang selebihnya...



ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Saya tidak memfitnah, semua berdasarkan bukti. Di bawah nanti pun akan saya tambahkan bukti insyaallah.


Untuk pengetahuan anda, setakat hari ini saya belum pernah memadam walau satu komen para penentang saya diblog ini. Mungkin tulisan anda akan jadi yang pertama jika tidak mengikut adab-adab berdiskusi yang sudah saya ingatkan sebelum ini. Yang pernah saya padam hanyalah komen berisi promosi Viagra dan seumpamanya. Itu saja. Jadi, tolong jangan takut dan jangan menakutkan orang ramai, seolah-olah saya berkelakuan buruk dan pengecut. Jika anda betul-betul berani, kemukakan blog anda ataupun himpunan tulisan anda di internet supaya semua yang di sini boleh melihat berapa banyak betul dan salah anda nanti. Jika tulisan sendiri pun penuh kepalsuan, bagaimana boleh mempertikai tulisan orang lain. Kan begitu? Itu pun jika anda berani.


Ataupun anda ini hanya seorang tukang komen tulisan orang lain tanpa diri sendiri menulis apa-apa?


Ooo… rupanya saya hanya mengambil potongan tertentu. Kiranya saya ini penakutlah ya? Tulisan anda semuanya masih berada di sana, para pembaca blog ini boleh melawatnya pada bila-bila masa.


Sekarang giliran saya. Yang anda hanya memetik sekelumit perbahasan saya dengan Azwira tu kenapa? Sudah saya ingatkan juga sebelum ini, sila pertahankan keseluruhan tulisan itu jika anda orang yang benar. Mengapa pilih bahagian yang dirasakan boleh menang saja? Anda boleh periksa cara saya diblog ini. Jika saya mempertikai tulisan orang lain, biasanya saya akan menyentuh keseluruhan artikel, bukan pada bahagian yang saya rasa mampu menang saja. Apa yang penulis betul, saya akui dan apa yang dia salah saya katakan salah. Saya jenis yang tidak takut ataupun ego untuk mengakui kebenaran lawan.


Tapi anda?


Saya bersedia mengulas setiap perkataan yang anda tulis setakat komen terakhir itu. Tapi mampukah anda mengulas setiap ayat bantaan saya ke atas Azwira itu?


Jika betul anda seorang yang berani dan mampu, kita boleh mulakan. Dengan syarat, selesaikan dulu permasalahan sekarang hingga ada keputusan walaupun keputusan kecil. Jangan buka banyak medan tapi tak ada penyelesaian. Selesai satu-satu medan terlebih dahulu. Jangan melompat-lompat. Hal ini memang sudah saya ingatkan dalam adab-adab diskusi.



ALAMLARA MENULIS:


Saya nak katakan, bila saya lampirkan link peta arab saudi seperti di bawah:


http://www.saudiarabia-chm.gov.sa/map.htm


Response yang ditulis oleh penulis blog ini ialah seperti quote di bawah ini:


"Bertulkah cara Alamlara membaca peta? Pastinya salah! Peta yang ditaqlidbutanya itu adalah peta yang lemah. Perkataan Hijaz sepatutnya diletakkan di tengah-tengah wilayah itu iaitu antara nama Medina dan Mecca."


Dari Pernyataan itu sudah jelas menunujukkan penulis blog ini daif ilmu alam arab saudi yang menganggap seakan-akan wilayah hijaz itu berada antara dua kota tersebut. Sedangkan Hijaz merangkumi dari sepadan jordan di utara termasuk lah Tabuk hingga melepasi kota mekah di selatan. Dan itu lah juga peta yang di tunjukkan oleh penulis blog ini melalui link :


http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz [en.wikipedia.org]


Jadi, pembaca sekalian tentu mengetahui siapa yang memutar belitkan fakta.



ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:


Betul ke tu Alamlara?


OK, kita sama-sama lihat peta yang anda bekalkan. : )


Pada peta itu nama bandar ditulis dengan warna hitam dan nama wilayah ditulis dengan WARNA COKLAT. Betul kan?


Saya pertikaikan tulisan berwarna coklat iatu ‘wilayah’ dan bukannya tulisan berwarna hitam iaitu ‘bandar’ ataupun tempat kecil.



Oleh kerana wilayah Hijaz menganjur dari utara (seperti Tabuk) hingga ke selatan, maka ‘central’ wilayah ini lebih kurang di tengah-tengah antara Madinah dan Mekah. Di situlah lokasi paling tepat untuk diletakkan perkataan ‘wilayah Hijaz’ yang berwarna coklat itu. Itu yang saya maksudkan.


Jadi, seumur hidup tidak pernah saya mengatakan Hijaz itu nama suatu tempat kecil ataupun bandar yang berada di antara Mekah dan Madinah. Hijaz adalah nama wilayah besar yang didalamnya berada juga Mekah, Madinah dan Jeddah (sebagaimana yang saya sebutkan sebelum-sebelum ini).


Kesimpulannya, betulkah tuduhan anda bahawa saya memutar-belitkan fakta dalam HAL INI?


JAWAPAN: ……………………………………………….


Begitu jugalah dalam kes NAJD. Oleh kerana ‘central’ wilayah Najd lebih kurang terletak di bandar Riyadh, maka tulisan kecil berwarna coklat itu lebih tepat diletakkan berhampiran nama Riyadh pada peta itu. Jika tidak, orang akan terkeliru di mana lokasi paling tepat Najd pada zaman Rasulullah berada di Madinah. Kalau melihatkan peta yang anda bekalkan, boleh jadi akan ada orang tersilap faham mengatakan Najd itu paling tepatnya berada di Timur Mekah.


Samalah seperti kita hendak melabelkan Semenanjung Malaysia pada glob. Buykankah paling tepat kita letakkan perkataan ‘Semenanjung Malaysia’ itu di tengah-tengah seperti di Selangor contohnya?


Mengapa pergi letak perkataan itu di negeri Perlis? Bukankah boleh mengundang kekeliruan?


Inilah yang saya pertikaikan.



ALAMLARA MENULIS:


Jadi tak hairan lah penulis blog ini membuat tuduhan terhadap saya melalui komennya:


"Pada peta yang ditaqlid oleh Alamlara itu, ada tertulis wilayah ‘Hijaz’. Cuba kita perhatikan. Ia ditulis nun jauh ke utara Madinah. Berdasarkan pemahaman Alamalara membaca peta, maksudnya Hijaz itu terletak di utara Madinahlah ya?"


Inilah tuduhan sembrono penulis blog ini. Yang menunujukkan kurang fahamnya terhadap kedudukan wilayah Hijaz. Tulisan seakan-akan menganggap hijaz adalah satu wilayah kecil di atas madina, sedangkan ia adalah satu wilayah yang memanjang seperti negeri sarawak dan madinah danb mekah berada di selatan wilayah hijaza seperti kedudukan kuching di negeri sarawak.


tetapi yang peliknya.. kemudian selepas itu penulis blog ini menyatakan bila mengetahui wilyah hijaz seperti statement beliau diatas:


"Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah."


Maka dengan ulasan saya di atas... tidak hairanlah penulis blog ini akan memadam komen saya serta akaun saya sebab beliau tidak dapat mempertahankan hujahnya



ALEXANDERWATHERN MENJELASKAN:

Tidak ada yang peliknya jika anda membaca dengan teliti dan tidak meninggalkan istikharah di sepanjang membaca dan menulis. Memang tidak peliklah apabila saya menukilkan:


"Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah."


Kerana sudah bertahun-tahun saya tahu kedudukan wilayah Hijaz.


Jadi tuduhan anda mengatakan saya tidak kurang faham kedudukan wilayah Hijaz, tidak pernah benar.


Tuduhan anda mengatakan seakan-akan saya menganggap Hijaz adalah satu wilayah kecil di atas Madinah, tidak pernah benar.


Tuduhan anda mengatakan saya memutar-belitkan fakta, juga tidak pernah benar.


Oh ya, sepatutnya saya belum menjawab lagi kerana anda masih berhutang soalan di bawah dengan saya. Tapi tak apalah, saya lampirkan semula kalau-kalau nada terlupa hendak membacanya.


“Oh ya, Azwira kata Najd itu di Iraq, anda kata Najd itu di Timur Mekah. Siapa yang betul, anda ataupun Azwira?


JAWAPAN:


………………………………………………..


  • Jika ada mana-mana ayat sepanjang tulisan anda di sini yang memerlukan ‘respon’ saya, harap diberitahu. Mungkin saya terlepas pandang. Saya akan mengulas setiap ayat anda jika diperlukan. Harapnya anda juga begitu.

Salam hormat,


Abu Zulfiqar “Alexanderwathern”

No comments: