ALAMLARA MENULIS:
"Siapa yang bodoh dan siapa yang sombong sebenarnya? Hijaz adalah wilayah yang merangkumi dari utara saudi arabia sebelah barat hingga ke mekah dan madinah. Jadi peta tu memang tak salah letak hijaz tu ke utara. Hanya orang seperti awak yang menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah dan juga menganggap najd itu riyad. Awak hanya memalukan diri sendiri dan menunjukkan betapa bodoh dan sombongnya awak ini. Menganggap diri terlampau pandai."
ALAMLARA:
Siapa yang bodoh dan siapa yang sombong sebenarnya?
ALEXANDERWATHERN:
Tentulah anda orangnya yang bodoh kemudian sombong pula. Sudah jelas salah pun masih menganggap diri betul. Saya buktikan kata-kata saya dengan sandaran, bukan sekadar tuduhan. Lihat di bawah nanti.
ALAMLARA:
Hijaz adalah wilayah yang merangkumi dari utara saudi arabia sebelah barat hingga ke mekah dan madinah. Jadi peta tu memang tak salah letak hijaz tu ke utara.
ALEXANDERWATHERN:
Saya pun tahu hal ini. Buktinya, awal-awal sudah saya tulis dalam jawapan saya perkara berikut:
“Petikan dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz :
“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab saudi; kota utamanya adalah Jeddah, namun wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah. Sebagai sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci agama Islam, mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab dan Islam.”
Lihat peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz .”
Tamat tulisan saya.
Sudah saya tulis dengan terang supaya LIHATLAH PETA BERWARNA WILAYAH HIJAZ. Memang jelas dalam peta itu menunjukkan wilayah Hijaz yang diwarnakan hijau merangkumi dari utara Saudi Arabia sebelah barat hingga ke Mekah dan Madinah.
Saya pun sedia maklum hal ini, jadi tak perlu cakaplah. Lainlah kalau saya tidak tahu. Eh, anda baca ke tidak jawapan saya? Ataupun anda jenis menyerang saja tanpa mahu membaca balasan orang?
ALAMLARA:
Hanya orang seperti awak yang menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah dan juga menganggap najd itu riyad.
ALEXANDERWATHERN:
Baik. Kita berbicara atas sandaran, bukan dakwaan kosong atas ketaksuban dan hasad dengki saja. Saya beri bukti, anda beri bukti.
Pertama- saya buktikan yang saya tidak pernah menganggap Hijaz itu HANYA MEKAH DAN MADINAH. Saya ulang balik petikan daripada tulisan saya:
“Petikan dari Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Hijaz :
“Hijaz (juga Hejaz, Hedjaz) adalah sebuah wilayah di sebelah barat laut Arab Saudi; kota utamanya adalah Jeddah, namun wilayah ini lebih dikenal sebagai tempat terletaknya kota suci Mekkah. Sebagai sebuah wilayah, Hijaz — karena menjadi lokasi bagi tempat-tempat suci agama Islam, mempunyai kepentingan dalam lanskap sejarah dan politik Arab dan Islam.”
Lihat peta berwarna untuk wilayah Hijaz di http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz .”
Jelas di sana disebut juga bandar Jeddah, bukan Madinah dan Mekah saja. Klik pula peta berwarna yang saya linkkan. Anda boleh lihat wilayah Hijaz diwarnakan hijau dan merah. Jadi pada saya SEJAK AWAL LAGI, Hijaz TIDAK PERNAH terbatas kepada Mekah dan Madinah sahaja.(*Kalau saya tidak tahu hal ini, buat apa saya petik dari Wikipedia? Buat apa saya sertakan peta berwarna lagi? Maksudnya saya sudah sedia tahu HIJAZ itu WILAYAH dan di dalamnya ada beberapa kota termasuklah Mekah, Jiddah dan Madinah sebelum kenal dengan Alamlara lagi. Malah sejak tulisan pertama lagi saya sudah pertikaikan 'central' wilayah Hijaz. Ini semua bukti orang tak tahu ke ataupun bukti orang tahu? Takkan semudah ini pun tak boleh fikir!)
Baik. Sekarang giliran anda sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab. Sila buktikan yang saya selama ini “menganggap hijaz tu hanya mekah dan madinah”. Setakat ini anda hanya memfitnah, tapi belum memberikan bukti.
JAWAPAN ANDA (BUKTI):
………………………………………………………………….
*Selain memberi jawapan, anda juga tentunya terpaksa menolak hujah saya di atas. Jika gagal, maksudnya anda membuat fitnah.
Seterusnya- saya difitnah pula MENGANGGAP NAJD ITU RIYADH. Oleh kerana anda jenis yang terburu-buru dan malas membaca, maka terpaksa saya ulang lagi sebahagian jawapan saya:
“Sebagaimana kelemahan pelukis peta itu meletakkan nama Hijaz, begitu jugalah kelemahannya dalam meletakkan nama ‘Najd’. Sepatutnya perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) wilayah itu iaitu di Riyadh. Berdasarkan garis lintang, Madinah dan Riyadh segaris. Maksudnya, lebih tepat lagi Najd itu di Timur Madinah (*bukannya di Timur Laut Madinah iaitu di Iraq sebagaimana sangkaan Azwira).”
Lihat perkataan “Sepatutnya perkatan Najd diletakkan di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) WILAYAH itu iaitu di Riyadh”.
“di tengah-tengah (ataupun lebih kurang tengah-tengah) WILAYAH itu” maksudnya Najd itu tidak pernah saya kata Riyadh. Najd itu satu wilayah yang besar, bukan Riyadh saja. Riyadh hanyalah salah satu daripada bandar yang ada dalam Najd.”
Sekarang giliran anda pula. Buktikan yang selama ini saya menganggap Najd itu adalah Riyadh. Setakat ini anda hanya memfitnah, tapi gagal memberikan bukti.
JAWAPAN ANDA (BUKTI):
………………………………………………….
Sila baca adab-adab berdiskusi mengikut tatacara Islam di sini
(*Diskusi ini akan ditamatkan jika ada salah seorang yang tidak mahu mengikut adab. Tujuannya untuk menajdikan diskuis ini ada nilai ilmiah dna bukan sekadar tempat berbalas tuduhan kosong)
Oh ya, Azwira kata Najd itu di Iraq, anda kata Najd itu di Timur Mekah. Siapa yang betul, anda ataupun Azwira?
JAWAPAN:
………………………………………………..
Jadi, sekiranya anda masih meneruskan cara diskusi yang tidak bertamadun seperti:
1. melompat-lompat tanpa menjawab soalan. (*Sepatutnya) Yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Bereskan satu-satu permasalahan mengikut urutan/ kronologi, jangan melompat-lompat. Soalan yang keluar dahulu, kita jawab dahulu. Soalan yang keluar kemudian, kita jawab kemudian. Sindrom melompat-lompat ini menjadikan perbincangan kacau. Arah tuju dan tema perbincangan pun biasanya akan lari.
2. buat tuduhan tanpa menyertakan bukti. (*Sepatutnya) Kita bertukar-tukar sandaran/ bukti, bukan bertukar-tukar dakwaan kosong. Setakat ini anda hanya memberi dakwaan kosong, masih belum memberikan sebarang bukti.
Petikan daripada tulisan (Adab-adab Diskusi) di atas:
“Apabila hujah salah seorang pendiskusi mula longgar dan benteng-benteng sandarannya mulai runtuh, pendiskusi yang bersifat mazmumah biasanya akan melaksanakan taktik kotor. Hal ini dilakukan supaya dia terselamat daripada mengakui kelemahan dan kesalahan diri sendiri.
Antara taktik yang biasa dipraktikkan ialah dengan menjawab secara keseluruhan (sengaja meninggalkan bahagian-bahagian diskusi yang hujahnya lemah ataupun salah), tidak menjawab soalan-soalan tetapi memberikan pula soalan-soalan ( soalan pendiskusi lain baginya tidak mesti dijawab tetapi soalannya mesti dijawab), mengubah topik (agar dapat menutup kelemahan dan kesalahannya, memberikan dakwaan demi dakwaan dan bukan hujah sandaran, memberikan kata-kata menyakitkan hati lalu berlepas tangan (ini teknik murahan), terus membuat kesimpulan sendiri tanpa bertanggungjawab ke atas apa yang pernah diperkatakannya dan macam-macam lagi.
Saranan penyelesaian- Tulis “Pendiskusi bernama sekian-sekian sedang mempraktikkan taktik kotor . Layanan hanya akan diberikan setelah dia mengubah sikapnya sahaja. Sekian, terima kasih”.
Sekiranya jawapan anda selepas ini gagal mematuhi adab-adab berdiskusi, secara rasminya saya tidak akan memberi apa-apa jawapan lagi. Saya hanya akan letakkan ayat:
“Pendiskusi bernama Alamlara sedang mempraktikkan taktik kotor . Layanan hanya akan diberikan setelah dia mengubah sikapnya sahaja. Sekian, terima kasih.”
Jika anda masih meneruskan pula cara tidak bermaruah anda dengan melemparkan tuduhan tanpa bukti di sekitar blog saya ini, mungkin saya terpaksa memadamkan akaun anda. Di sini hanya tempat untuk orang-orang bermaruah yang bertukar-tukar bukti, bukan bertukar-tukar tuduhan kosong. Harap jangan sampai begini.
No comments:
Post a Comment